Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, June 11, 2026

‘Melon To Million’ ubah nasib bekas penagih dadah

ZAIDI Omar memberi penerangan mengenai Projek 'Melon To Million' di TKPM, Pulau Gadong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP


MELAKA: Projek ‘Melon To Million’ menjadi perintis untuk mengubah nasib bekas penagih dadah di negeri ini yang sudah pulih bagi mengembalikan mereka dan diterima semula masyarakat.

Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Alor Gajah, Zaidi Omar berkata, program latihan khas pertama yang dikendalikan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pulau Gadong di sini bertujuan memulihkan sumber ekonomi golongan berkenaan.

Menurutnya, seramai 33 bekas penagih yang menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun menyertai program selama 75 hari anjuran KMK Agro Global, kerajaan negeri dan Universiti Putra Malaysia (UPM).


“Stigma masyarakat masih menganggap bekas penagih dadah yang sudah pulih tidak mampu membanting tulang empat kerat menceburi bidang penanaman adalah tanggapan yang salah.

“Program ini adalah peluang kedua kita berikan kepada bekas penagih dadah untuk mereka mencari rezeki dan membina hidup baharu, setelah mereka sukar mencari pekerjaan.

“Mereka ini akan dilatih dari awal bukan sahaja daripada segi teori semata-mata tetapi termasuk praktikal hingga menuai rock melon,” katanya ketika ditemui pada Program Latihan Khas ‘Melon To Million’ di TKPM, Pulau Gadong semalam.

Zaidi berkata, kesemua peserta diberikan elaun bernilai RM500 sebulan dan mendapat tunjuk ajar oleh pengusaha rock melon berjaya.

Menurutnya, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada bekas penagih dadah kerana mereka susah mendapat pekerjaan disebabkan stigma masyarakat.

“Stigma itu tidak boleh dipulihkan dan saya berpendapat lebih baik mereka ini bekerja sendiri mengusahakan tanaman rock melon apabila tamat program ini nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2024/11/melon-to-million-ubah-nasib-bekas-penagih-dadah/

Melaka perlu tanah pertanian

 

MUHAMAD AKMAL Saleh melihat pokok cili secara fertigasi yang diusahakan Mohammad Yazid Idres
 (baju merah) di Lorong Haji Yang, Bachang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Oleh AMRAN MULUP
MELAKA: Kerajaan negeri bercadang untuk memajak tanah milik kerajaan Persekutuan di­anggarkan seluas lebih 100 hektar bagi diusahakan sebagai kawasan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ramai rakyat negeri ini terutama golongan muda ingin mengusahakan bidang berkenaan tetapi meng­hadapi masalah ketiadaan ta­nah yang luas.


Menurutnya, Melaka merupakan sebuah negeri yang kecil dengan kepadatan penduduk tinggi menyebabkan ramai rakyat tidak dapat menceburi pertanian terutamanya tanaman kontan.

“Saya lihat banyak tanah terbiar milik kerajaan Persekutuan sebagai contoh tanah di Ayer Keroh yang pada mulanya ada cadangan untuk membina Hospital Melaka yang baharu.

“Tetapi difahamkan lokasi­nya bukan di situ tetapi di tempat lain jadi tanah milik Kementerian Kesihatan, apa salahnya dibenarkan untuk dipajak bagi tempoh lima hingga 10 tahun bagi kerajaan negeri melaksa­nakan program pertanian.

“Saya yakin jika ia dibenar­kan kita dapat mengatasi ma­salah kemiskinan tegar, pengangguran, isu keterjaminan makanan dan menambah pendapatan bagi golongan B40,” katanya ketika ditemui selepas melawat projek tanaman cili secara fertigasi di Lorong Haji Yang, Bachang di sini, kelmarin.



Tambah Muhamad Akmal, sebagai langkah awal, pihaknya akan memohon tanah daripada beberapa kementerian untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bagi mengusahakan tanaman kontan. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/02/melaka-perlu-tanah-pertanian/

Wednesday, May 7, 2025

TANAMAN LENGKUAS

 Pendahuluan:


Tanaman ini ditanam secara meluas di kawasan Asia tropika. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai rempah atau perasa serta juga sebagai ubat tradisi. Kepentingan perubatan tumbuhan ini telahpun dicacatkan dan didokumentasi di India sejak 600 SM. Justeru itu ramai yang mempercayai bahawa lengkuas berasal di India. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik sedangkan di Malaysia digunakan sebagai ubatan sejak berabad yang lalu. Rizom lengkuas juga merupakan bahan minyak yang utama iaitu sineol


Ciri - Ciri Tumbuhan

Pokok Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu jangkahayat yang panjang, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya ringkas, licin dan berwarna hijau. Daunnya berbentuk memanjang dan runcing di hujung daun. Manakala tepi daunnya adalah rata. Rizomnya tumbuh secara menjalar, tebal , beraroma dan tegap.


Tabiat Tumbuhan

Tumbuhan ini boleh ditanam dengan senang dan boleh tumbuh dengan menanam keratan rizomnya.
Bahagian Yang Digunakan

  • Rizom


Amalan Tradisi Perawatan

Rizom lengkuas digunakan untuk meransang aktiviti pencernaan dalam perut (stomachic). Balutan rizomnya yang ketuk dapat digunakan untuk merawat reumatik, demam, lemah tenaga batin, bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), dyspepsia (ketidakhadaman makanan) dan diabetes (kencing manis). Jus daripada rizomnya yang dicampurkan dengan air kencing manusia dapat mengurangkan bisa gigitan ular tedung. Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus).

Sumber : https://www.perakforestry.gov.my/index.php/informasi/tumbuhan-ubatan/lengkuas


KAEDAH TUT LIMAU NIPIS YANG BERKESAN

Sunday, April 28, 2024

Cara Tanam Pokok Kantan Berbunga Lebat

 cara tanam pokok kantan

Pokok kantan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan, selain bunganya dimanfaatkan sebagai ramuan penting dalam masakan. Menariknya, ia sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah, asalkan kawasan penanaman adalah bukan kawasan takungan air. Kalau nak tahu sebabnya, ikuti perkongsian tips dan cara tanam pokok kantan dari Puan Siti Rokiah Che Hat ini.


CARA TANAM POKOK KANTAN

cara tanam pokok kantan

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

CARA TANAM BUNGA KANTAN YANG BETUL

Perkongsian ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan cara tanam bunga kantan dari segi syarat penanaman hingga kawalan penyakit dan perosak.

Kantan ialah sejenis tanaman ulam tradisional di Malaysia. Ianya merupakan pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Bunganya merupakan bahagian utama yang digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti dalam masakan.

Bagi masyarakat Melayu, bunga kantan ini adalah sinonim dalam masakan sebagai perasa di dalam penyediaan asam laksa, asam pedas dan juga nasi kerabu.

1. Keperluan asas tanaman

Dari segi faktor iklim, tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yang bersuhu sekitar 24°C -33°C dan menerima taburan hujan antara 1800-2200mm. Manakala, faktor tanah pula ianya sesuai ditanam pada berbagai-bagai jenis tanah asalkan kawasan penanaman adalah bukan kawasan takungan air.

Sekiranya pokok kantan ditanam pada kawasan tersebut, dikhuatiri bahawa ianya akan menyebabkan pertumbuhannya terjejas. Disamping itu, mengakibatkan akar dalam tanah membusuk dan menyebabkan pokok mati.

Jenis tanah yang paling ideal digunakan untuk tanaman ini adalah jenis loam berpasir.

2. Penyediaan bahan tanaman

cara tanam bunga kantan

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Pokok kantan boleh ditanam menggunakan rizom atau biji benih. Kebiasaannya, ramai yang menggunakan rizom kerana ianya lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding dengan penggunaan biji benih.

Bagi pemilihan rizom sebagai bahan tanaman:

  • Pertama sekali perlu mencangkul keluar rizom yang mempunyai sulur dari perdu pokok
  • Kemudiannya, rizom yang diperolehi akan dipotong dan setiap potongan rizom seeloknya mempunyai 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk menggalakkan pertumbuhan


3. Penyediaan tanah

Penyediaan tanah atau kawasan, perlu diketahui terlebih dahulu skala penanaman yang ingin diusahakan.

  • Jika hendak diusahakan secara kecil-kecilan, penanaman di sekeliling kawasan kediaman sudah memadai.
  • Manakala untuk penanaman secara komersial, boleh menjalankannya sebagai tanaman selingan di dusun buah-buahan.

Disebabkan pokok ini adalah jenis pokok yang berasal dari hutan, sudah menjadi habitatnya tumbuh pada kawasan yang bersemak. Oleh itu, penyediaan kawasannya juga tidak perlu dibersihkan secara menyeluruh.

Bagi penanaman di kawasan baru, lorong-lorong penanaman sahaja yang perlu dibersihkan. Ini bertujuan bagi memudahkan proses penentuan corak penanaman.

  • Kebiasaannya, jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m di antara barisan dan 1m di dalam barisan.
  • Manakala untuk lubang penanaman pula, adalah berukuran 20cm x 20cm x 20cm.

Kedua-dua langkah ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja penanaman dijalankan.

4. Penanaman

Dengan menggunakan rizom yang telah disediakan,

  • Masukkannya ke dalam lubang yang telah digali lalu dipadatkan dengan tanah
  • Kemudian, gunakan daun-daun kering untuk dijadikan sebagai sungkupan bagi mengelakkan tunas-tunas muda daripada kekeringan
  • Waktu penanaman sebaiknya diselaraskan dengan musim hujan bagi mendapatkan pertumbuhan yang sempurna

Walaupun tanaman ini tidak memerlukan penjagaan rapi, namun begitu amalan pertanian yang baik seperti pembersihan kawasan, pembajaan, kawalan musuh dan penyakit masih perlu diberi tumpuan dari semasa ke semasa.

5. Pemangkasan

Tanaman ini perlu dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan sulur daun yang baru dan meningkatkan pengeluaran bunga. Bahagian yang dipangkas kebiasaannya adalah bahagian daun yang telah tua ataupun kekuningan.

Bagi pengurusan sisa yang teratur,

  • Bahagian yang dipangkas itu tidak perlu dibuang atau dibakar kerana masih berguna terhadap tanaman ini
  • Bahagian yang dipangkas boleh dijadikan sungkupan bagi mengawal pertumbuhan rumpai
  • Apabila bahagian tersebut mereput, ianya memberi manfaat lain kepada tanaman iaitu sebagai sumber bahan organik kepada pertumbuhan kantan

6. Pengurusan air

bunga kantan

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Dari segi pengurusan air, tiada maklumat mengenai keperluan air bagi tanaman ini bagi mendapatkan pengeluaran hasil yang optimum sehingga kini. Ianya didapati hidup subur di bawah naungan tanaman lain.

Namun begitu, tanaman ini tidak sesuai ditanam pada kawasan air bertakung untuk tempoh masa yang lama.

Sebagai langkah keselamatan, laksanakan sistem perparitan yang sistematik bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran air. Dengan ini, lebihan air dapat disalirkan ke parit utama dan tiada lagi masalah ketidaksesuaian kawasan penanaman.

7. Kawalan rumpai, penyakit dan perosak

Kawalan rumpai bagi tanaman ini perlu diberi perhatian pada tahun pertama penanaman.

  • Bagi perlaksanaan kerja ini, semburan racun rumpai glyphosate perlu dijalankan secara berhati-hati bagi mengelakkan tempias racun terkena pada pokok kantan
  • Selepas tahun pertama, kebiasaannya naungan daripada kanopi rumpun kantan akan merimbun pada masa yang sama mengawal pertumbuhan rumpai secara tidak langsung

Manakala dari segi penyakit dan perosak pula, sehingga kini masih tiada lagi gejala serius yang menyerang tanaman ini.

  • Paling merisaukan para pengusaha pada hari ini adalah serangan anai-anai berikutan daripada kawasan penanaman yang mempunyai banyak kayu reput
  • Akibat daripada serangan anai-anai akan menyebabkan pokok menjadi layu dan kekuningan
  • Lambat-laun sekiranya tidak dikawal akan mengakibatkan keseluruhan pokok dalam rumpun yang sama juga terjejas
  • Bagi mengatasi masalah ini, laksanakan semburan racun serangga chlorpyrifos pada bahagian yang terkena serangan anai-anai

8. Penuaian hasil

cara tanam bunga kantan

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

  • Pokok kantan mula mengeluarkan bunga setelah berumur 9 bulan
  • Bunga kantan yang belum kembang akan dipetik dengan memotong pada bahagian pangkal sulur sepanjang 30cm
  • Pokok kantan mengeluarkan bunga sepanjang tahun, oleh itu ianya hendaklah dipungut setiap hari bagi mengelakkan kudup bunga menjadi kembang
  • Kebiasaannya, bunga kantan yang dijual di pasaran adalah mempunyai kudup yang masih tertutup
  • Selepas itu, bunga yang dipetik akan dimasukkan di dalam bakul plastik dan disimpan bagi mengelakkan daripada terkena sinaran matahari, kerana suhu yang tinggi boleh menjejaskan kualiti bunga kantan yang dipetik.
  • Bagi peringkat jualan, bunga kantan akan diikat terlebih dahulu pada pangkalnya yang mengandungi 20 keratan bunga dan disimpan secara berdiri supaya tidak mudah rosak

Rujukan : https://siraplimau.com/cara-tanam-pokok-kantan/

Related Posts with Thumbnails